Komen atau pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan, serta apa apa sahaja yang mampu menggugat keharmonian sebuah negara / bangsa / agama adalah dilarang sama sekali dan pihak Snowy Owl's Expedition Club tidak akan teragak agak untuk meminda atau memadam mana mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberikan pendapat dan komen adalah di pohon. Terima kasih.
Tuesday, 9 April 2013
PERKHEMAHAN
TUJUAN PERKHEMAHAN SECARA UMUM
Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.
Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan.Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu perkhemahan diantaranya ialah:
i. Berkhemah sebagai cara pendidikan.
- Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke tempatperkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-bukau, danau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan- latihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental.
- Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana, setiap peserta dipertanggungjwabkan menguruskan kesemuakegiatan hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun contohnya, memasak, membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya.
- Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan kawasan desa. Sesetengah- sesetengah mereka tidak mengenali pokok getah atau padi dan sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan perkhemahan di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai. Mereka dapat melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu batan, dan sebagainya. Sesetengah tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu batan ini tidak terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu.
ii. Berkhemah sebagai cara ibadat.
- Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepada - Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita didepan-Nya yang Maha Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan menggalakkan kita untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah yang berbagai-bagai, seterusnya kita juga boleh melakukan kajian keatas spesimen-spesimen yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah S.W.T yang
menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling penting ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah merupakan ibadat terhadap Allah S.W.T.
.iii. Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial.
- Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta akan tinggal bersama. Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali peserta dari negara lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam, kebudayaan, masakan dan sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi mewujudkan persaudaraan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.
- Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama, Bantu membantu di antara satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin.
- Di perkhemahan juga, banyak pertunjukkan kebudayaan dapat diadakan. Peserta dari kumpulan, daerah, atau negara lain yang menyertai perkhemahan tersebut dapat mununjukkan kebudayaan
masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam
sesuatu daerah, negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita
yang berbilang kaum demi mempereratkan lagi tali persaudaraan dan mengurangkan jurang konflik diantara kaum, agama dan kebudayaan.
iv. Berkhemah Untuk Rekreasi.
- Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripadasegala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal buku-buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.Jiwa yang damai akan melahirkan peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir.
v. Berkhemah Untuk Menghargai Alam Semulajadi dan Mencari Ketenangan.
- Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar semula jadi yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti-hentimembinasakannya.
- Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya. Begitu juga dengan alam semulajadi kita yang semakin hari semakin lenyap dari muka bumi ini akibat daripada pelbagai provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan dimana apabila dunia sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini bertambah-tambah. Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan mendadak terhadap seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun kasih sayang itu diabaikan sahaja sebelumnya.
- Pinggiran hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan yang aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk berdikari atau menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan sesiapa pun yang sebelum ini kita memperolehinya dengan mudah dengan adanya bantuan daripada teknologi-teknologi yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa melayani kehendak kita serta berbagai-bagai kemudahan lagi.
vi. Berkhemah Untuk Merapatkan Hubungan Kekeluargaan.
- Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia II. Bermula dari beberapa keluarga bercambah menjadi berjuta- juta keluarga. Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk berkhemah kerajaan tempatan dan kebangsaan telah memajukan taman-taman lipur dan kawasan-kawasan perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai taman lipur tempatan, negeri dan kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan perkhemahan. Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang hati memberi maklumat-maklumat kepada bakal pekhemah tentang tempat-tempat dan kemudahan- kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali terdapat buku dan brocer panduan tentang perkhemahan diterbitkan.
- Daripada aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila kita bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti memasang khemah, membuat unggun api, memasak serta mandi bersama-sama di sungai. Selain dapat mengeratkan lagi hubugan kekeluargaan kita juga berpeluang untuk lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai lebih masa untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan membaiki semula hubungan yang telah lama tegang.
vii. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.
- Perkhemahan juga merupakan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk mempromosikan perihal kesihatan agar setiap individumenjadi lebih prihatin, berpengetahuan dan berkeupayaan dan mempertingkatkan status kesihatan mereka.
- Sepanjang perkhemahan para peserta akan diberikan penerangan mengenai topik-topik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan juga aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan diet yang seimbang serta menjauhi amalan-amalan yang menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment