Kepuasan setelah sampai ke puncak hanya dapat dirasai oleh pendaki sahaja. Tidak dapat dibayangkan betapa indah air terjun di puncak Lubuk Manggis. InshaAllah gua akan mendaki Lubuk Manggis unntuk kali kedua bulan April nanti. YEAYYY ! haha. okay berkenaan event April nanti, yang telah confirm untuk join adalah seramai 25 orang termasuk 8 orang daripada pelajar UPM. Yang selebihnya adalah pelajar kolej gua iaitu Kolej Teknologi Mea.
Dalam perbincangan di kalangan ahli Snowy Owl's Expedition Club, kami sebulat suara untuk merangka beberapa aktiviti termasuk bbq, river treasure, dan banyak lagi. Perkhemahan 2 hari 1 malam itu juga diharap dapat mengeratkan hubungan di antara ahli ahli SOEC.Setakat ini sahaja coretan yang mampu gua luahkan. Semoga aktiviti pertama untuk SOEC akan berjalan tanpa sebarang masalah dan sentiasa dalam berkat dan rahmat dari Allah S.W.T. Assalamualaikum :D
No comments:
Post a Comment