Sabtu 20.04.2013
Perjalanan kami bermula seawal 7 pagi.setelah siap memasukkan barang ke dalam kereta dan van, kami menuju ke kem lubuk manggis. Pelbagai pemandangan indah dapat disaksikan sepanjang perjalanan kami ke Kem Lubuk Manggis lebih lebih lagi apabila melalui pekan batu 18. Di sana kegiatan prniagaan berkembang pesat dan kami singgah di sebuah gerai nasi lemak untuk membeli sarapan unntuk ahli kami. kiranya semua nasi lemak yang dijual di gerai tu kami borong habis.haha.
Setelah sampai ke Kem Lubuk Manggis, Presiden S.O.E.C telah mengarahkan dua orang ajak tertinggi untuk pergi menghantar barang ke kaki bukit (menaiki kereta) untuk memudahkan tugas ahli lain.tetapi setelah sampai ke kaki bukit dua ahli tertinggi tadi ditahan oleh penjaga disitu dan dia meminta surat kebenaran mendaki dan bermalam dari pihak polis. Pada asalnya konflik ini agak meresahkan kami tetapi setelah mendapatkan nasihat daripada fasi kem, presiden dan salah seorang ahli telah bergegas ke Balai Polis Batu 18.Alhamdulilah urusan di balai polis tidak begitu merumitkan kami.setelah berjaya mendapatkan cop pengesahan, kami terus kembali ke Kem Lubuk Manggis.
Sebelum kami memulakan perjalanan presiden s.o.e.c telah memberikan sedikit taklimat dan pesanan kepada ahli yang terlibat.Perjalanan untuk ke kaki bukit adalah lebih kurang 2km.agak
memenatkan sebenarnya.hahaha.sesudah sampai kami membuat sedikit senaman dan cuba teka ape yang terjadi ? orang yang terawal injured adalah presiden kerana terpeleot.terus berbalut lutut.haha.
Kami memulakan perjalanan.dalam masa nak sampai tu kami mengalami kesukaran membawa barang kerana beban yang dipikul adalah tersangat berat.bayangkan dalam satu tong ada 40 ketul ayam yang dipotong 8.s.o.e.c sendiri bernasib baik kerana mempunyai ahli yang agak tough dan sado yang mampu mengangkat beban yang berat.hahahaha.ketika di zon pendakian terakhir yang dipannggil Puncak Alam, kami terserempak dengan sekumpulan pelajar yang baru turun dari puncak.bercakap sambil lalu, jumlah pelajar itu ialah 82 orang jadi kami terpaksa memberikan jalan kepada mereka dan menunggu sehingga kesemua mereka berlalu.
Setelah lebih kurang 2jam lebih berjalan merentas permukaan hutan yang mencabar,kami sampai ke tempat yang dituju.segala lelah dan perih yang dirasakan sebelum sampai hilang begitu saje lepas memandang keindahan alam ciptaan tuhan yang masih terpelihara daripada pencemaran.Tidak membuangkan masa presiden dan dua ajk tertinggi memberikan arahan kepada setiap kumpulan dan memberikan tugas seperti memasang khemah,mencari kayu api,membersihkan tapak perkhemahan.setelah selesai,kami menjamu selera dan mandi manda.pada petang itu kami memberikan peluang kepada ahli untuk berehat sebelum mereka dipanggil untuk aktiviti yang pertama.
Aktiviti pertama pada petang itu ialah cari penutup botol yang ditanda dengan marker.kami mengarahkan semua ahli memasuki sungai dan berkumpul dalam kumpulan.setelah diterangkan cara permainan kami menaburkan penutup botol ke dalam sungai.mereka kelihatan agak gembira dengan aktiviti tersebut dan saling bekerjasama dalam menyiapkan tugasan.aktiviti tersebut berlangsung sehingga senja.
Pada masa yang sama beberapa orang ahli membuat unggun api untuk aktiviti bbq pada sebelah malam.Sepatutnya pada sebelah malam aktiviti sangat penuh tetapi kerana masalah alam iaitu hujan,kami terpaksa membatalkan aktiviti lain jadi pada malam itu aktiviti kami hanyalah bbq dan saling berbual antara satu sama lain sehingga terlelap.
AHAD 21.04.2013
wahhh pagi hari yang sangat sejuk.di sana baru saya faham apa makna sejuk hingga terasa ke tulang sum sum.dengan udara yang segar dan mendamaikan, kami terjun ke dalam sungai dan menikmati kesejukan dan keindahan air terjun sg lopo.selepas kesemua ahli bangun,kami memulakan aktiviti karaoke.dimana setiap kumpulan diberikan 2 buah lagu dan mereka dikehendaki menyampaikan lagu tersebut dengan cara tersendiri.bermacam ragam dapat dilihat dalam usaha mereka untuk menarik minat juri.selepas itu,game kedua iaitu mnd power dilangsungkan.game ini memerlukan seorang ketua.ketua diberikan satu soalan dan mereka dikehendaki memberitahu kepada ahli kumpulan.ahli terakhir yang mendapat soalan dikehendaki menyebut kembali soalan yang diberikan oleh juri.
selepas itu aktiviti bbq mengambil tempat.selepas bbq kami mandi manda dan mula mengemas khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan.kami turun ketika cuaca mula gelap dan dalamn perjalanan hujan mula turun diselangselikan dengan bunyi guruh.ketika ini ketahanan mental menjadi taruhan kerana faktor jalan yang licin dan keletihan.alhamdulilah setelah menempuhi perjalanan selam 2 jam kami sampai ke bawah.setelah diberikan sedikit taklimat,semua ahli bersurai dan menuju ke destinasi masing masing.
haa itu serba sedikit tentang perjalanan kami pada ekspedisi lepas..ketika saya menulis coretan ini, SOEC telah merangka lagi satu event untuk diadakan.selepas ini saya akan upload gambar sepanjang perjalanan kami.soo tungguuuuuu dan sentiasa membuka blog ini :D assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment