Monday, 29 April 2013

Kejayaan Pertama :D

Assalamualaikum.perghh dah bape lame tak update blog.maklumlah disebabkan kesibukan so terpaksa hold dulu niat nak update blog.alhamdulilah syukur kepada Allah SWT dengan berkat dan izin dariNya event pertama S.O.E.C telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya.berikut sedikit intipati pengembaraan kami.layannnnnn.

Sabtu 20.04.2013
Perjalanan kami bermula seawal 7 pagi.setelah siap memasukkan barang  ke dalam kereta dan van, kami menuju ke kem lubuk manggis. Pelbagai pemandangan indah dapat disaksikan sepanjang perjalanan kami ke Kem Lubuk Manggis lebih lebih lagi apabila melalui pekan batu 18. Di sana kegiatan prniagaan berkembang pesat dan kami singgah di sebuah gerai nasi lemak untuk  membeli sarapan unntuk ahli kami. kiranya  semua nasi lemak yang dijual di gerai tu kami borong habis.haha.
Setelah sampai ke Kem Lubuk Manggis, Presiden S.O.E.C telah mengarahkan dua orang ajak tertinggi untuk pergi menghantar barang ke kaki bukit (menaiki kereta) untuk memudahkan tugas ahli lain.tetapi setelah sampai ke kaki bukit dua ahli tertinggi tadi ditahan oleh penjaga disitu dan dia meminta surat kebenaran mendaki dan bermalam dari pihak polis. Pada asalnya konflik ini agak meresahkan kami tetapi setelah  mendapatkan nasihat daripada fasi kem, presiden dan salah seorang ahli telah bergegas ke Balai Polis Batu 18.Alhamdulilah urusan di balai polis tidak begitu merumitkan kami.setelah berjaya mendapatkan cop pengesahan, kami terus kembali ke Kem Lubuk Manggis.
Sebelum kami memulakan perjalanan presiden s.o.e.c telah memberikan sedikit taklimat dan pesanan kepada ahli yang terlibat.Perjalanan untuk ke kaki bukit adalah lebih kurang 2km.agak 
memenatkan sebenarnya.hahaha.sesudah sampai kami membuat sedikit senaman dan cuba teka ape yang  terjadi ? orang yang terawal injured adalah presiden kerana terpeleot.terus berbalut lutut.haha.
Kami memulakan perjalanan.dalam masa nak sampai tu kami mengalami kesukaran membawa barang  kerana beban yang dipikul adalah tersangat berat.bayangkan dalam satu tong ada 40 ketul ayam yang dipotong 8.s.o.e.c sendiri bernasib baik kerana mempunyai ahli yang agak tough dan sado yang mampu mengangkat beban yang berat.hahahaha.ketika di zon pendakian terakhir yang dipannggil Puncak Alam, kami  terserempak dengan sekumpulan pelajar yang baru turun dari puncak.bercakap sambil lalu, jumlah pelajar itu ialah 82 orang jadi kami terpaksa memberikan jalan kepada mereka dan menunggu sehingga kesemua mereka berlalu.
Setelah  lebih kurang 2jam lebih berjalan merentas permukaan hutan yang  mencabar,kami sampai ke tempat yang  dituju.segala lelah dan perih  yang dirasakan sebelum sampai hilang begitu saje lepas memandang keindahan alam ciptaan tuhan yang masih terpelihara daripada pencemaran.Tidak membuangkan masa presiden dan dua ajk tertinggi memberikan arahan kepada setiap kumpulan dan memberikan tugas seperti memasang khemah,mencari kayu api,membersihkan tapak perkhemahan.setelah selesai,kami menjamu selera dan mandi manda.pada petang  itu kami memberikan peluang kepada  ahli untuk berehat sebelum mereka dipanggil untuk aktiviti yang pertama.
Aktiviti pertama pada petang  itu ialah cari penutup botol yang  ditanda dengan marker.kami mengarahkan semua ahli memasuki sungai dan berkumpul dalam kumpulan.setelah diterangkan cara permainan kami menaburkan penutup botol ke dalam sungai.mereka kelihatan agak gembira dengan aktiviti tersebut dan saling bekerjasama dalam menyiapkan tugasan.aktiviti tersebut berlangsung sehingga senja.
Pada masa yang  sama beberapa orang  ahli membuat unggun api untuk aktiviti bbq pada sebelah  malam.Sepatutnya pada sebelah malam aktiviti sangat penuh tetapi kerana masalah alam iaitu hujan,kami terpaksa membatalkan aktiviti lain jadi pada malam itu aktiviti kami hanyalah bbq dan saling berbual antara satu sama lain sehingga terlelap.

AHAD 21.04.2013
wahhh pagi hari yang sangat sejuk.di sana baru saya faham apa makna sejuk hingga terasa ke tulang sum sum.dengan udara yang segar dan mendamaikan, kami terjun ke dalam sungai dan menikmati kesejukan dan keindahan air terjun sg lopo.selepas kesemua ahli bangun,kami memulakan aktiviti karaoke.dimana setiap kumpulan diberikan 2 buah lagu dan mereka dikehendaki menyampaikan lagu tersebut dengan cara tersendiri.bermacam ragam dapat dilihat dalam usaha mereka untuk menarik minat juri.selepas itu,game kedua iaitu mnd power dilangsungkan.game ini memerlukan seorang ketua.ketua diberikan satu soalan dan mereka dikehendaki memberitahu kepada ahli kumpulan.ahli terakhir yang mendapat soalan dikehendaki menyebut kembali soalan yang diberikan oleh juri.
selepas itu aktiviti bbq mengambil tempat.selepas bbq kami mandi manda dan mula mengemas khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan.kami turun ketika cuaca mula gelap dan dalamn perjalanan hujan mula turun diselangselikan dengan bunyi guruh.ketika ini ketahanan mental menjadi taruhan kerana faktor jalan yang licin dan keletihan.alhamdulilah setelah menempuhi perjalanan selam 2 jam kami sampai ke bawah.setelah diberikan sedikit taklimat,semua ahli bersurai dan menuju ke destinasi masing masing.

haa itu serba sedikit tentang perjalanan kami pada ekspedisi lepas..ketika saya menulis coretan ini, SOEC telah merangka lagi satu event untuk diadakan.selepas ini saya akan upload gambar sepanjang perjalanan kami.soo tungguuuuuu dan sentiasa membuka blog ini :D assalamualaikum.

Tuesday, 9 April 2013

PERKHEMAHAN


TUJUAN PERKHEMAHAN SECARA UMUM

Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.

Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan.Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu perkhemahan diantaranya ialah:

i. Berkhemah sebagai cara pendidikan.

- Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke tempatperkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-bukau, danau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan- latihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental.


- Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana, setiap peserta dipertanggungjwabkan menguruskan kesemuakegiatan hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun contohnya, memasak, membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya.

- Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan kawasan desa. Sesetengah- sesetengah mereka tidak mengenali pokok getah atau padi dan sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan perkhemahan di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai. Mereka dapat melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu batan, dan sebagainya. Sesetengah tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu batan ini tidak terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu.

ii. Berkhemah sebagai cara ibadat.

- Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepada - Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita didepan-Nya yang Maha Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan menggalakkan kita untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah yang berbagai-bagai, seterusnya kita juga boleh melakukan kajian keatas spesimen-spesimen yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah S.W.T yang


menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling penting ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah merupakan ibadat terhadap Allah S.W.T.

.iii. Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial.

- Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta akan tinggal bersama. Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali peserta dari negara lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam, kebudayaan, masakan dan sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi mewujudkan persaudaraan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.

- Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama, Bantu membantu di antara satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin.

- Di perkhemahan juga, banyak pertunjukkan kebudayaan dapat diadakan. Peserta dari kumpulan, daerah, atau negara lain yang menyertai perkhemahan tersebut dapat mununjukkan kebudayaan
masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam
sesuatu daerah, negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita
yang berbilang kaum demi mempereratkan lagi tali persaudaraan dan mengurangkan jurang konflik diantara kaum, agama dan kebudayaan.



iv. Berkhemah Untuk Rekreasi.

- Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripadasegala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal buku-buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.Jiwa yang damai akan melahirkan peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir.

v. Berkhemah Untuk Menghargai Alam Semulajadi dan Mencari Ketenangan.

- Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar semula jadi yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti-hentimembinasakannya.
- Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya. Begitu juga dengan alam semulajadi kita yang semakin hari semakin lenyap dari muka bumi ini akibat daripada pelbagai provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan dimana apabila dunia sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini bertambah-tambah. Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan mendadak terhadap seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun kasih sayang itu diabaikan sahaja sebelumnya.

- Pinggiran hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan yang aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk berdikari atau menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan sesiapa pun yang sebelum ini kita memperolehinya dengan mudah dengan adanya bantuan daripada teknologi-teknologi yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa melayani kehendak kita serta berbagai-bagai kemudahan lagi.

vi. Berkhemah Untuk Merapatkan Hubungan Kekeluargaan.

- Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia II. Bermula dari beberapa keluarga bercambah menjadi berjuta- juta keluarga. Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk berkhemah kerajaan tempatan dan kebangsaan telah memajukan taman-taman lipur dan kawasan-kawasan perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai taman lipur tempatan, negeri dan kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan perkhemahan. Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang hati memberi maklumat-maklumat kepada bakal pekhemah tentang tempat-tempat dan kemudahan- kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali terdapat buku dan brocer panduan tentang perkhemahan diterbitkan.

- Daripada aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila kita bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti memasang khemah, membuat unggun api, memasak serta mandi bersama-sama di sungai. Selain dapat mengeratkan lagi hubugan kekeluargaan kita juga berpeluang untuk lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai lebih masa untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan membaiki semula hubungan yang telah lama tegang.

vii. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.

- Perkhemahan juga merupakan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk mempromosikan perihal kesihatan agar setiap individumenjadi lebih prihatin, berpengetahuan dan berkeupayaan dan mempertingkatkan status kesihatan mereka.

- Sepanjang perkhemahan para peserta akan diberikan penerangan mengenai topik-topik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan juga aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan diet yang seimbang serta menjauhi amalan-amalan yang menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainnya.

Friday, 5 April 2013

LUBUK MANGGIS

Hai.dah lama gua tak menulis dalam blog ni.okay coretan kali ini hanyalah berkisar tentang satu event perkhemahan yang akan diadakan pada 20 dan  21 April ini. Setelah meeting dan perbincangan yang serius, kami sebulat suara untuk menjayakan sebuah perkhemahan di puncak LUBUK MANGGIS. Bercerita tentang LUBUK MANGGIS. Di manakah terletaknya lubuk manggis ? lubuk manggis terletak di daerah HULU LANGAT. Gua pernah menaiki puncak Lubuk Manggis ini bersama rakan kolej pada tahun 2010. Percaya atau tidak perjalanan ke puncak memakan masa selama 4jam ke 5jam bergantung kepada kelajuan pendaki.jalan yang agak mendatar dan cuma sesekali ada zon pendakian membuatkan perjalanan itu menjadi menarik dan mencabar.  

Kepuasan setelah sampai ke puncak hanya dapat dirasai oleh pendaki sahaja. Tidak dapat dibayangkan betapa indah air terjun di puncak Lubuk Manggis. InshaAllah gua akan mendaki Lubuk Manggis unntuk kali kedua bulan April nanti. YEAYYY ! haha. okay berkenaan event April nanti, yang telah confirm untuk join adalah seramai 25 orang termasuk 8 orang daripada pelajar UPM. Yang selebihnya adalah pelajar kolej gua iaitu Kolej Teknologi Mea.

Dalam perbincangan di kalangan ahli Snowy Owl's Expedition Club, kami sebulat suara untuk merangka beberapa aktiviti termasuk bbq, river treasure, dan banyak lagi. Perkhemahan 2 hari 1 malam itu juga diharap dapat mengeratkan hubungan di antara ahli ahli SOEC.Setakat ini sahaja coretan yang mampu gua luahkan. Semoga  aktiviti pertama untuk SOEC akan berjalan tanpa sebarang masalah dan sentiasa dalam berkat dan rahmat dari Allah S.W.T. Assalamualaikum :D