Komen atau pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan, serta apa apa sahaja yang mampu menggugat keharmonian sebuah negara / bangsa / agama adalah dilarang sama sekali dan pihak Snowy Owl's Expedition Club tidak akan teragak agak untuk meminda atau memadam mana mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberikan pendapat dan komen adalah di pohon. Terima kasih.
Friday, 29 March 2013
MARI MENDAKI !
Alatan Ikhtiar Hidup
Kebiasaannya para pendaki gunung akan membawa peralatan ikhtiar hidup yang paling asas sebelum masuk ke hutan. Peralatan tersebut mestilah ringan, kecil dan mudah dibawa seperti di bawah:- @Pisau
@Pemetik api
@Lampu suluh
@Ubat makan (panadol, pil chi teck aun dan garam berhidrasi)
@Ubat sapu (yoko-yoko dan plaster luka)
@Makanan yang tahan lama (mi segera, nestum dan biskut)
@Garam
@Telefon bimbit yang telah di charge baterinya.
Mencegah sesat
Ada yang berkata kenapa tidak menggunakan kompas? Secara teorinya memang nampak mudah menggunakan kompas, namun jika tersalah kiraan lebih besar kesan sesatnya. Secara jujurnya ramai pendaki tidak tahu menggunakan kompas, cara yang terbaik ialah menanda jalan menggunakan alat GPS sejak mula mendaki, namun tidak praktikal kerana peralatannya sangat mahal.
Cara yang termurah ialah melantik seorang penanda untuk melakukan tugas tersebut. Tanda-tanda yang dibuat menggunakan parang pada pokok hendaklah seragam untuk mengelakkan terkeliru dengan bekas tanda dibuat oleh pemburu. Tidak perlu banyak tanda memadai pada pokok jika denai itu mempunyai simpang yang mengelirukan dan lintasan sungai.
Ada juga pendaki yang menanda menggunakan plastik awas yang boleh dibeli di kedai hardware, namun boleh juga menggunakan plastik terpakai. Boleh juga pendaki mengambil kertas terpakai yang dipotong sebesar duit lima sen dan menaburnya pada tempat-tempat yang difikirkan sesuai seperti simpang dan lintasan sungai.
Elakkan mengambil tumbuh-tumbuhan yang pelik-pelik seperti bunga, jika perlu mengambilnya untuk tujuan tertentu seperti perubatan minta izin dahulu dan ambillah sekadar yang perlu sahaja. Jangan bercakap besar kerana hutan adalah tempat dugaan yang terbaik untuk orang bercakap besar.
Jika sesat
Perkara pertama jika tersesat ialah kembali ke pangkal jalan tempat asal ia bermula, selalunya teknik ini adalah yang paling berkesan walaupun meletihkan tetapi paling selamat. Jika kaedah ini gagal, berehat dahulu jangan buang tenaga jika hari hampir gelap pasangkan khemah atau buat khemah dari alam sekitar.
Keesokannya cuba cari sungai dan menghala ke hilir (air yang mengalir ke arah laut) dengan cara ini kita berkemungkinan dapat menjumpai kampung-kampung. Jika gagal mencari sungai boleh juga mencari wayar elektrik dan terus ke arah tanah rendah juga berkemungkinan dapat bertemu perkampungan terdekat.
Jika kaedah ini gagal, seeloknya carilah tempat tinggi (puncak) untuk mendapatkan bantuan melalui kaedah telefon bimbit. Namun pastikan ini langkah terakhir kerana anda akan dimaki hamun oleh pihak berkuasa yang dibatalkan cutinya kerana mencari anda.
Tiga Perkara
Tiga perkara yang biasa berlaku di dalam hutan iaitu altitude sickness, kekejangan dan lemah badan. Kebiasaannya altitude sickness menyebabkan pendaki sakit kepala dan marah-marah kerana kekurangan oksigen, kaedah rawatan yang harus diberikan ialah rehat dan memakan panadol.
Kekejangan berlaku akibat kekurangan garam di dalam badan, pesakit harus meminum air garam berhidrasi, jika tiada boleh juga menggunakan air garam biasa ataupun air perencah mi segera!. Menyapu ubat seperti yoko-yoko memberikan kesan fizikal dan psikologi yang baik kepada pendaki.
Lemah badan kebiasaanya disebabkan kekurangan tenaga di dalam badan, jika ini berlaku berikan sedikit makanan dan minuman (garam berhidrasi) kepada pesakit jika perlu berhenti untuk memasak makanan. Menahan diri daripada melakukan nature call seperti kencing dan berak juga menyebabkan lemah badan kerana toksin berlebihan di dalam badan. Pujuk pesakit (kebiasaannya wanita kerana sifat malu) untuk melakukan nature call tersebut.
Namun ada juga beberapa perkara yang jarang sangat berlaku seperti histeria atau cedera teruk bila berada di dalam hutan. Jika berlaku histeria ikat pesakit pada pokok supaya ia tidak menyerang orang lain ataupun melarikan diri. Jika berlaku kecederaan cuba bawa mangsa keluar dari hutan sedaya boleh (kerana perkara yang sama juga akan dilakukan oleh penguatkuasa untuk membantu anda), jika gagal hantar rakan untuk meminta bantuan. Jika tiada orang menemankan pesakit, buat unggun api untuk mengelakkan binatang buas sebelum pergi meminta bantuan.
Tumbuhan hutan
Cium atau hidu
Renyuk daun atau buah yang hendak diuji sehingga hancur atau lembut.Cium dan buat penilaian sendiri. Tumbuhan yang berbau busuk atau tengik mungkin beracun dan memabukkan.
Sapu pada kulit
Sekiranya tiada bau yang kurang menyenangkan, sapu tumbuhan tadi ke bahagian kulit yang lembut seperti lengan atau perut. Gosokkan lama-lama dan tunggu 15 minit. Sekiranya terasa gatal atau miang, tumbuhan itu mungkin beracun.
Haiwan
Jika terjumpa ular hendaklah diamkan diri, tetapi jika ular tedung selar, gajah, harimau dan babi nasihat saya “run for your life”!. Agak sukar hendak menjumpai binatang di dalam hutan kecuali kita gatal kaki cuba memasuki denai binatang (laluan yang agak terang tetapi tidaklah jelas seperti denai manusia selalunya laluan ini menghala ke punca air dan garam bukit).
Perkara betul yang harus dilakukan
Mi segera, nestum dan biskut adalah makanan yang paling akhir patut dihabiskan, seharusnya pendaki mempunyai menu yang berat seperti nasi, sardin dan sayur kobis untuk mengekalkan tenaga.
Mitos bahawa senang hendak menjumpai sumber air di atas gunung adalah palsu, (kecuali anda melakukan Trans Titiwangsa) kebanyakan air terletak di kaki gunung, pastikan membawa air yang cukup.
Di atas gunung sentiasa basah, hendaklah sentiasa menyimpan pakaian dan barang penting di dalam plastik.
Ideal jumlah pendaki ialah 5 orang, sesuai untuk sebuah khemah, memasak, kecemasan dan keselamatan.
Lampu gas berbahaya dipasang di dalam khemah.
Jika berkhemah di puncak, tutup talian bimbit dan lari ke kawasan rendah jika berlaku hujan lebat untuk mengelakkan bencana kilat.
Peralatan ikhtiar hidup mesti dibawa walaupun tidak berniat untuk berkhemah (1 day trip) kerana bannyak kes pendaki terpaksa berkampung di dalam hutan.
Elakkan berada berhampiran dengan pokok buluh selepas hujan kerana ia akan merembeskan jarum-jarum kecil selama lebih kurang 10 minit.
Jangan gantung barang seperti cerek di luar beg kerana ini akan menyukarkan pendakian apabila asyik berhenti untuk memastikan cerek tidak hilang.
Beg tidak perlu mahal cuma tidak membeli yang imitation, isipadu (tertulis pada setiap beg) 55 liter sesuai untuk pendakian 2 hari 1 malam manakala 80 liter sesuai untuk pendakian 3 hari 2 malam.
Matress lebih penting daripada sleeping bag, kerana susah hendak tidur di atas tanah batu.
Ikan yang telah digoreng (di rumah) dibalut menggunakan alumunium foil (dirumah) dapat bertahan 3 hari, manakala ayam selama 2 hari.
Jika menjumpai sumber air cuba hidu air tersebut, jika berbau hancing elakkan kerana dikhuatiri ada kencing tikus hutan.
Selalunya pendaki akan menggantung botol air mineral di denai yang mempunyai sumber air sebagai penanda, selalunya tempat ini dijadikan tempat perkhemahan.
Bawalah sedikit gula-gula untuk diberi kepada kanak-kanak di pedalaman sebagai tanda terima kasih kita melalui kawasan mereka.
Jangan risau mendaki gunung (selalunya orang tua menakutkan orang muda dalam hal ini walhal mereka sendiri pun tidak pernah pergi)kerana kebanyakan denai ke gunung yang popular mempunyai jalan yang agak jelas seperti Gunung Nuang, denai yang tidak jelas adalah seperti Trans Titiwangsa kerana jarang orang melaluinya.
Kadang-kadang kasut mendaki gunung yang berjenama seperti Hitech pun tidak tahan kena air, mungkin lebih baik membeli kasut menoreh getah seperti adidas kampung
ETIKA BEREKSPEDISI
Buang hanya masa, Ambil hanya gambar, Tinggal hanya jejak. Menjaga persekitaran alam sekitar adalah tanggungjawab semua. Adalah penting untuk memastikan sebarang tindakan kita tidak mengganggu habitat asal dan ekologi hutan. Aktiviti berkhemah adalah satu cara yang terbaik bagi menikmati aktiviti luar rumah, tetapi kita mesti memainkan peranan kita untuk memastikan kebersihan kawasan perkhemahan.
Adalah menjadi satu kekecewaan apabila kita sampai ke sesuatu kawasan yang sepatutnya indah, tetapi dipenuhi sampah sarap. Jika kita mahu flora dan fauna kekal ikutilah beberapa etika ini.
@ APA YG MASUK DIBAWA KELUAR.
Memastikan segala barang yang dibawa ketika masuk juga dibwa keluar. Segala alatan dan pakaian harus dipastikan tidak ditinggalkan di kawasan trekking.
@ MEMASTIKAN KAW PERJALANAN LEBIH BERSIH DARI MASA MENJUMPAINYA –Maknanya anda boleh menolong dgn mengutip sampah-sampah yang ditinggalkan oleh trekker yg lain semasa dalam perjalanan.
@ JGN MENEBANG/ MEMATAH/ MENGUTIP SEBARANG POKOK YG TERDAPAT DI KAW TREKKING – Tebang apabila terpaksa. Jgn duduk atau meletakkan beg galas di atas anak pokok.
@ JGN BUAT UNGGUN API SEKIRANYA TIDAK PERLU –
Bekas unggun api dan abu juga meninggalkan kesan yang tidak menyenangkan. Jika terlalu banyak unggung api ini akan menyebabkan kaw perkhemahan tersebut menjadi tidak bersih lagi. Sebolehnya sekiranya ingin menghidupkan unggun api, hidupkannya di tapak unggun api yang lama atau yg telah digunakan. Ini akan mengelakkan pertambahan bilangan tapak unggun api.
@ TAPAK KHEMAH YG HAMPIR DGN SUNGAI, PUNCA AIR & LAIN2 –
Ianya adalah tidak baikapabila kita mencemarkan ia dengan penggunaan sabun, minyak, sisa-sisa makanan dan yang lebih teruk lagi hasil buangan manusia. Ini akan mengakibatkan sumber air berkenaan akan tercemar. Kalau boleh pastikan sabun dan bahan yg kita gunakan adalah mesra alam (biodegradable). Buang air kecil & besar jauh dari sumber air.
@ PASTIKAN TAHAP KEBISINGAN ADALAH DI TAHAP YG TERENDAH – Ini akan menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan, tidak mengganggu orang lain dan juga penghuni hutan. Bising apabila perlu sahaja.
@ IKUTI LALUAN ASAL –
Ini akam mempastikan anda selamat, jgn mengikut laluan yang tidak ditanda atau tidak diketahui dan pastikan anda tidak berseorangan ketika berada di dalam laluan perjalanan.
@ BELAJARLAH MEMBUANG HASIL PERKUMUHAN SEBAIKNYA –
Ini kerana membuang najis di merata-rata kawasan perjalanan boleh mengganggu orang lain. Cari kawasan yang agak jauh dari kawasan perkhemahan dan tidak dilalui oleh orang lain.
@ PASANG KHEMAH ANDA DI TEMPAT YG TELAH DISEDIAKAN – Sebolehnya di tapak khemahyang pernah digunakan.
Ada banyak lagi etika-etika yang boleh digunapakai ketika berada di dalam trekking. Jadi, mintalah nasihat dari mereka yang berpengalaman dan juga sentiasa mencari bahan rujukan yang lain.
Panduan berjalan di dalam hutan:
1.Berjalan secara berkumpulan.
2.Jangan bercakap besar.
3.Jangan memintas petunjuk jalan.
4.Jangan mengambil atau memetik tumbuhan di dalam hutan.
5.Jangan menganggu,mencedera atau membunuh binatang/haiwan di dalam hutan
6.Elakkan dari menyahut segala bunyi di dalam hutan.
7.Elakkan daripada berjalan di waktu malam.
8.Jangan banyak bercakap kerana boleh menyebabkan keletihan.
9.Jika berjalan di waktu malam,pastikan lampu suluh tidak di suluh merata tempat.
10.Jangan berhenti rehat di tengah jalan/trek (menghalang laluan).
11.Sentiasa mengikuti arahan pemandu jalan (guide).
KASUT GETAH ? HAAAA :D
Salam Rekreasi…
Ramai yang tertanya-tanya, kasut mana yang sesuai untuk hiking kat gunung Malaysia ni kan. Tidak lain dan tidak bukan, Kasut Getah buatan asli hasil getah dari pokok getah kat Malaysia ni. Bukan bercakap mengenai jenama dan harganya, tapi tengok dari sudut aplikasi dan kesesuaian kasut ni dengan kasut dari barat yang gah kat kedai2 outdoor dan kedai2 sukan tu. Kasut getah ni biasanya dipakai pakcik2 dan makcik2 yang pi menoreh, pi kebun ngan turun bendang. Bab kualiti lak; kalis air dan tak la tergolek bila lalu kat batu2 licin. Buktinya, otai2 gunung memilih kasut getah sebagai pakaian rasmi semasa mendaki.

Kasut getah ni terbahagi kepada dua versi:
1. Kasut jenis sarung . Harga dia (RM4.50-6.00). Takdak tali, takdak stud, tapi tapak ok. Best masa guna mendaki di trek basah dan berbatu.
2. Jenis ikat ngan tali (RM 3.50-4.50) ada stud. Kasut ini akan membantu cengkaman di kala mendaki di trek tanah yg licin. Kasut ni kami tak berapa nak minat, tp ikut kesesuaian si pemakai la.
Setakat ni yg diketahui ada dua brand kasut getah; Bowling ngan cap Bintang (ada lambang PUMA). Dua2nya hasil buatan Malaysia. Jangan pandang sebelah mata barang keluaran Malaysia, buktinya getah Malaysia getah paling berkualiti kat serantau Asia ni.
INTRODUCTION.HIHIHI :)
Assalamualaikum. testing testing. muehehehe okay malam ni tercatat sebuah sejarah apabila satu blog khas untuk rujukan para ahli kelab Mea Ekspedisi ditubuhkan. so dalam blog ni Inshaallah akan disediakan guide atau rujukan apabila sesuatu event dijalankan oleh pihak kami.Intro sedikit berkenaan kelab ini ehh. Okay listen listen listen.kelab ini ditubuhkan secara tidak sengaja ketika gua tengah lepak di sebuah kedai makan berhampiran Kolej Teknologi Mea apabila seorang gadis kecik molek memanggil gua dan mengajak gua berbincang untuk buat satu event untuk membantah pihak MPP kolej yang pergi hiking di Bukit Kutu tanpa membuka aktiviti itu kepada semua pelajar.jadi dikiranya kami adalah pihak pembangkang di Kolej Teknologi Mea. wahahaha. kami bukan apa.dahlaa MPP tu pilih semua kroni dia then buat aktiviti tak mengajak student lain langsung.akai tadak dorang ni.haha.tu la serba sedikit intro tentang kelab ni.InshaAllah selepas ni gua akan post tentang event pertama kita pada 20 dan 21 hb 4 ni.adiosss.
Subscribe to:
Posts (Atom)